Khamis, 22 Januari 2009
LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
sumber: Addin
Isnin, 5 Januari 2009
Ahad, 19 Oktober 2008
Tips..

Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya.Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya.Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.Teknik Melegakan Stress Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.
1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.
2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.
3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.
4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.
5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.
6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.
7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.
8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.
9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
10. Yang paling penting adalah dekatkan diri kita kepada-Nya. Banyakkan berdoa dan beramal InsyaAllah stress yang menular dalam diri kita dapat dihindar..
Jumaat, 17 Oktober 2008
Renungkan...










