Selasa, 9 Jun 2009

SMS..


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor.

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat2.

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan. .

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki.

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya.

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar.

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye!

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie.

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan.

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut..

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga.

Kerana sms tersebut berbunyi
DIGI ADA DIMANA-MANA" hahahahahahahaha haha

Selasa, 19 Mei 2009

nikah..

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Khamis, 22 Januari 2009

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:


1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.


sumber: Addin

Isnin, 5 Januari 2009

Ahad, 19 Oktober 2008

Tips..

Post kali ni mungkin berguna untuk aku sendiri dan pengintai blog Naleng sekalian..last2 sem mcm ni aku slalu gak stress..mcm2 stress sbnarnye; ada yg stress ngn keje, asgmnt, kawan2,mmg x abis la klu aku list kat sini. tips kat bawah ni kita boleh ubah secukup rasa mengikut keadaan stress kita tu.. so? mai kita pakat2 baca...





Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya.Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya.Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.Teknik Melegakan Stress Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.


1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.


2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.


3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.


4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.


5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.


6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.


7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.


8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.


9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.


10. Yang paling penting adalah dekatkan diri kita kepada-Nya. Banyakkan berdoa dan beramal InsyaAllah stress yang menular dalam diri kita dapat dihindar..

Jumaat, 17 Oktober 2008

Renungkan...



Cerita daripada Idolaku...

"Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji"
Dipetik dari Cek Det

Rabu, 24 September 2008

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum..

Dah lama x update my blog ni..hmmm

raya dah nk dekat ni..

sempena hari yang baik bulan baik ni

saya nk mohon maaf dari ujung rambut hingga ujung kaki jika ada salah silap..

maah la ambo ni deh..hehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin...

gi la jale dumoh!!